arena

Liverpool tak puas satu trofi

Oleh Agensi

ANDY Robertson menegaskan kejayaan Liverpool mengungguli Liga Juara-Juara Eropah sudah menjadi lipatan sejarah dan kini mereka dahagakan kejayaan seterusnya.

The Reds menjulang trofi keenam Piala Eropah selepas menewaskan Tottenham di Madrid selepas hampir menjuarai Liga Perdana.

Liverpool akan berdepan juara, Manchester City dalam aksi Perisai Komuniti di Wembley pada Ahad ini dan menurut Robertson mereka amat teruja menghadapi perlawanan itu.

Menurutnya kepada goal.com: “OK, kami menjulang trofi Liga Juara-Juara, itu adalah pencapaian sebenar dalam karier. Fokus kini ialah kami perlu menang lebih banyak trofi kerana kejayaan musim lalu sudah menjadi sejarah.

“Kami enggan menjadi pasukan yang hanya menang satu trofi, sudah tentu ia berprestij tetapi kami mahu menjadi pasukan yang menang beberapa trofi.

“Kami sedar musim ini bakal menjadi lebih sukar, jadi kami perlu membina pasukan dengan lebih kuat menghadapi musim baharu.”

Disiarkan pada: August 2, 2019 @ 11:37am
d