arena

Elizeu wira PJ City

Oleh Syazwan Msar

PJ City bermula langkah kanan pada saingan Piala Malaysia apabila menundukkan PKNP FC 2-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Separuh masa pertama menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu berada di depan menerusi pemain importnya Pedro Henrique pada minit ke-11.

Tersentak dengan jaringan itu, anak buah Abu Bakar Fadzim menggandakan asakan sebelum berjaya menyamakan kedudukan menerusi Pedro Victor pada minit ke-37.

Usaha anak buah K Devan membuahkan hasil apabila Elizeu Araujo menanduk masuk gol kemenangan sembilan minit sebelum tamat.

Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan PJ City mencatat keputusan positif bagi mengharungi saingan Kumpulan B.

Disiarkan pada: August 4, 2019 @ 12:05am
d