arena

MPK ungguli futsal GM10

SKUAD Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul juara Kejohanan GM10 Ole Futsal selepas menewaskan Zemis Catarys FC, 2-1 pada aksi final di U-One Sport Center Bukit Raja Klang, semalam.

Pengarah Urusan GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, kejohanan yang julung-julung kali diadakan itu sempena sambutan ulang tahun ke-10 GM Klang memberi peluang untuk pihaknya menghargai semua agensi terbabit selain mengadakan aktiviti bersama komuniti.

“GM Klang dengan kolaborasi MPK disamping penyertaan daripada agensi bukan kerajaan selain Tourism Malaysia, Persatuan Pemborong Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan rakan-rakan media.

“Program ini bukan sahaja mempromosikan aktiviti sihat, tetapi memberi peluang untuk merapatkan hubungan setia kawan bersama mereka yang terbabit,” katanya ketika berucap selepas menyaksikan perlawanan akhir.

Hadir sama Yang Dipertua MPK Datuk Mohamad Yasid yang turut bersama Seng Kok menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada peserta.

Sementara itu, kategori wanita yang membabitkan enam pasukan diungguli Zemis FC yang mengalahkan Tourism Selangor, 2-0 pada aksi final.

Kejohanan membabitkan penyertaan wakil pasukan media seperti Media Selangor, Utusan Malaysia, Karangkraf/ Sinar Harian dan Harian Metro.

Disiarkan pada: August 4, 2019 @ 2:56pm
d