arena

UiTM juara sukan MASUM

KONTINJEN Universiti Teknologi Mara (UiTM) dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2019.

UiTM mengungguli kutipan pingat dengan merangkul 64 pingat emas, 33 perak, dan 35 gangsa, manakala pencabar terdekat Universiti Putra Malaysia (UPM) meraih 44 pingat emas, 38 perak, 27 gangsa.

Manakala Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tempat ke tiga dengan kutipan pingat 20 emas, 17 perak dan 28 gangsa.

Kejohanan yang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kuantan mempertaruhkan 19 acara sukan yang dipertandingkan.

Kejohanan yang melabuhkan tirai semalam menyaksikan acara Silat menyumbang tujuh emas, Memanah empat emas manakala Bola Baling Wanita, Ping Pong beregu Lelaki, Badminton perseorangan Lelaki dan Boling Padang Triples Wanita masing-masing menyumbang 1 pingat emas di hari terakhir kejohanan.

Ketua Kontinjen UiTM, Mohd Fisol Haji Saud merangkap Timbalan Pengarah Pusat Sukan UiTM berkata, kejayaan mengungguli sukan MASUM 2019 ini adalah sokongan yang berterusan dari pihak Pengurusan tertinggi UiTM, latihan pusat yang berkala dan semangat juang yang tinggi oleh atlet UiTM serta jurulatih pasukan.

Katanya, lebih manis lagi UiTM mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun lepas 2018.

Disiarkan pada: August 4, 2019 @ 3:13pm
d