arena

Guardiola bimbang 'ubat' Mahrez

Oleh AFP

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola menyatakan beliau merehatkan Riyad Mahrez daripada aksi kemenangan Perisai Komuniti ke atas Liverpool kerana bimbang ubatan diambil pemain itu ketika tugasan antarabangsa mungkin menyalahi peraturan doping.

Pemain berusia 28 tahun itu membantu Algeria merangkul kejuaraan Piala Negara Afrika di Kaherah bulan lalu dan Guardiola berkata, kelab itu tidak mendapat semua maklumat terhadap rawatan yang mungkin diterima Mahrez.

“Riyad berjumpa saya dan berkata, ‘Saya mahu bermain menentang Liverpool’. Saya kata, ‘Anda diterima’. Tapi kami tidak mempunyai apa yang diambilnya... mengenai ubat-ubatan,” kata Guardiola.

“Itulah sebabnya, berikutan kawalan doping, hari ini satu risiko kerana doktor tidak mempunyai maklumat. Dia mungkin boleh beraksi beberapa minit tapi kami tidak mahu mengambil risiko kerana doktor tidak mempunyai ubatan sebenar diambilnya.

“Harapnya dia akan kembali bagi perlawanan berikut menentang West Ham dan pada masa depannya semuanya akan kembali normal.”

Disiarkan pada: August 5, 2019 @ 9:54am
d