arena

Poston raih kejuaraan sulung PGA

Oleh AFP

JT Poston membenam satu eagle dan enam birdie bagi lapan bawah par 62 untuk merangkul kejuaraan sulung dalam Jelajah PGA AS pada Kejuaraan Wyndham awal pagi tadi ketika pendahulu sebelumnya An Byeong Hun merudum ke tangga ketiga.

Poston, penduduk Carolina Utara yang menggembirakan sekelompok besar rakan dan keluarga di Sedgefield Country Club di Greensboro, bertindak cemerlang dengan lima bawah par pada sembilan lubang pertama termasuk eagle pada lubang kelima par-lima.

Tiga lagi birdie hadir sekali gus memberikannya kemenangan dengan 22 bawah par 258.

Poston muncul pemain pertama sejak Lee Trevino pada 1974 untuk memenangi kejohanan stroke 72-lubang dalam jelajah AS itu tanpa sebarang catatan bogey.

Webb Simpson, seorang lagi warga Carolina Utara yang menang kejuaraan sulung Jelajah PGA pada Kejuaraan Wyndham 2011, mengatasi permulaan lembap sebelum mencatat lima bawah par 65, menolak masuk birdie pada lubang ke-18 bagi 21 bawah par keseluruhan 259.

Disiarkan pada: August 5, 2019 @ 12:22pm
d