arena

Elak jadi mangsa The Cops

Oleh Asrol Awang

PENGENDALI FELDA United FC, Mohd Nidzam Jamil menganggap Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pasukan istimewa.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, kembalinya The Cops ke

Liga Super musim depan sudah membuktikan bahawa pasukan itu mampu melakar kejutan dalam saingan Piala Malaysia.

"Biarpun tewas 1-3 kepada Melaka United pada perlawanan pertama, kita berdepan cabaran besar apabila bertemu mereka malam esok.

"Saya jangka perlawanan sengit bakal disaksikan di Stadium Hang Jebat kerana PDRM juga mahu mencatat kemenangan di tempat sendiri.

"Bagi FELDA United, kami mahu memanfaatkan dua perlawanan di tempat lawan dengan kutipan mata seperti dilakukan ketika seri 2-2 berdepan Selangor," katanya.

Mohd Nidzam mahu The Fighters lebih bersedia menyekat kebangkitan yang bakal dilakukan skuad kendalian E Elavarasan.

Beliau juga gembira kerana skuadnya tidak berdepan masalah kecederaan dan akan menyenaraikan kesebelasan utama.

"Diharapkan pemain bijak memanfaatkan segala peluang dan tidak melakukan kesilapan mudah seperti perlawanan pertama," katanya.

Disiarkan pada: August 6, 2019 @ 4:46pm
d