arena

Welbeck sertai Watford

Oleh Agensi

DANNY Welbeck melengkapkan perpindahannya ke Watford selepas meninggalkan Arsenal pada penghujung musim 2018-19.

Bekas penyerang Manchester United itu tidak ditawarkan kontrak baru oleh The Gunners selepas menyertainya pada 2014.

Everton dan Newcastle United dikaitkan untuk mendapatkan pemain kebangsaan England itu, namun The Hornets mengesahkan kemasukan Welbeck menerusi Twitter.

Pemain berusia 28 tahun itu akan menyertai pemain sayap Rennes, Ismaila Sarr di di Vicarage Road dengan Watford dilaporkan sedang berbincang dengan pasukan Ligue 1 itu mengenai perpindahan yang mungkin memecahkan rekod kelab berkenaan.

Faktor kecederaan menjejaskan prestasi Welbeck yang hanya melakukan 14 penampilan dalam kesemua kejohanan musim lalu serta menjaringkan lima gol.

Disiarkan pada: August 8, 2019 @ 12:35pm
d