arena

Zipaquira rai kepulangan Bernal

Oleh Agensi

KOTA Zipaquira di bandar Colombia mengalu-alukan kepulangan wira kampung halamannya Egan Bernal, 10 hari selepas dia memenangi kejuaraan Tour de France.

Bulan lalu pelumba berusia 22 tahun itu menjadi warga Colombia pertama yang memenangi acara lumba basikal berprestij itu - dan dia antara juara termuda dalam tempoh 110 tahun.

Beribu-ribu orang berkumpul di pusat bandar seawal pagi menantikan sambutan kepulangan Bernal.

Kepulangannya juga serentak dengan sambutan cuti hari kebangsaan - ulang tahun ke-200 kejayaan Colombia ke atas Sepanyol pada pertempuran Battle of Boyaca.

“Saya tidak pernah lupa untuk berjumpa dengan orang ramai yang berkumpul untuk saya,” kata Bernal.

“Apabila saya melihat kamu di sana, saya hanya mula sedar apa maknanya buat Colombia.

“Ia membuatkan saya sangat bangga untuk menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat dan memberi harapan kepada Colombia.

Bernal tiba di ibu negeri, Bogota pada Isnin. Dia menyertai beberapa siri perlumbaan pendek di Eropah diikuti kemenangan di jelajah Tour de France.

Dia kemudian menerima tawaran untuk menjayakan sambutan Zipaquira, sambutan yang cukup meriah dengan pelbagai aktiviti dijalankan sekitar bandar itu.

Ketika di sana dia membuat peringatan khas kepada jurulatih pertamanya Fabio Rodriguez dan menunjukkan jersi putih - yang dimenangi kerana menjadi pelumba muda terbaik di jelajah berkenaan.

Dia turut menderma jersi kuning yang dimenangi kepada Persekutuan Lumba Basikal Colombia, dan menyerahkan jersi putih kepada Rodriguez.

“Ia adalah impian saya untuk memenangi jelajah Tour de France, dan kini saya sudah melakukannya,” kata Bernal. “Saya tidak pasti sama ada akan memenanginya lagi.”

Disiarkan pada: August 8, 2019 @ 1:15pm
d