arena

Inter ikat Lukaku lima tahun

Oleh AFP

ROMELU Lukaku melengkapkan penantian sekian lama untuk perpindahan dari Manchester United ke Inter Milan semalam selepas kelab Serie A itu mengumumkan ketibaan pemain itu di Itali dengan kontrak perjanjian selama lima tahun.

“Pemain bola sepak Belgium, tiba dari Manchester United dengan perjanjian tetap, sudah menandatangani kontrak bersama the Nerazzurri sehingga 30 Jun 2024,” menurut kenyataan Inter.

Kelab berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan gaji yang diterima dan yuran perpindahan yang perlu dibayar kepada kelab Liga Perdana Inggeris, United untuk mendapatkan Lukaku.

Begitupun laporan di Britain berkata ia membabitkan sekitar 80 juta Euro (RM374.6 juta)

“Hanya Inter kelab yang saya mahukan,” kata Lukaku. “Saya di sini untuk membawa the Nerazzurri kembali ke kedudukan teratas.”

Media berpangkalan di Milan Gazzetta Dello Sport melaporkan pemain berkenaan dijangka menerima pendapatan sekita 8.5 juta Euro semusim di Inter dan mendakwa kelab berkenaan akan membayar United sebanyak 65 juta Euro dan tambahan 10 juta bagi melengkapkan penjanjian itu.

Inter mengumumkan perjanjian itu menerusi video memaparkan pemain berusia 26 tahun memakai t-shirt Inter dengan berkata : “Inter : bukan untuk semua orang, disebabkan itu saya di sini.”

Lukaku, yang sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Inter, tiba di Milan awal pagi semalam untuk melakukan pemeriksaan perubatan, dengan peminat yang menanti pemain itu di lapangan terbaik melaung kegembiraan dan berkata “Lukaku kami punya.”

Penjaring terbanyak Belgium dengan 48 gol tidak beraksi dalam mana-mana perlawanan kempen pra musim United lalu selepas dikaitkan dengan perpindahan itu, dia juga didapati menjalani latihan bersama Anderlecht - kelab di mana dia memulakan karier senior.

Dia diketepikan dalam perancangan pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer dan dialu-alukan kedatangannya di San Siro oleh jurulatih baru Inter, Antonio Conte, yang turut cuba membawanya ke Chelsea pada 2017.

Ketika beraksi di England, dia beraksi bersama the Blues, Everton dan United, Lukaku menjaringkan 113 gol Liga Perdana, dan menghasilkan 42 jaringan dalam semua kejohanan ketika di Old Trafford.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 8:17am
d