arena

Thiem hapus badi di Kanada

Oleh AFP

DOMINIC Thiem berjaya mara ke peringkat suku akhir selepas menewaskan Marin Cilic 7-6 (9/7), 6-4 dalam Kejohanan Tenis Piala Rogers di Montreal, Kanada, awal pagi ini.

Ia kemenangan kedua Thiem dalam masa dua hari yang terpaksa menunggu lima tahun untuk menamatkan badi kekalahan di Kanada.

Pemain Austria yang juga pilihan kedua, Thiem yang memusnahkan harapan pemain tuan rumah Denis Shapovalov pada Rabu lalu berdepan saingan sengit menentang Juara Terbuka Amerika Syarikat 2014, Cilic sebelum berjaya mencapai kemenangan dalam set penentuan.

“Ia adalah satu lagi kemenangan yang hebat buat saya,” kata Thiem selepas mencatat kemenangan ke-31 musim ini. “Saya sangat bertuah kerana memperolehi sembilan mata tambahan dalam set penentuan.

“Tetapi ia cukup sukar dari segi mental untuk mencatat kemenangan. Untuk mara ke peringkat suku akhir Masters 1000 adalah sesuatu yang istimewa.

Thiem tiba di Kanada selepas memenangi kejuaraan Kitzbuhel di gelanggang negara kelahirannya minggu lalu.

Dia akan berdepan pemain pilihan kelapan dari Russia, Daniil Medvedev yang menewaskan pemain bukan pilihan Christian Garin dari Chile 6-3, 6-3.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 10:16am
d