arena

Spurs pinjam Lo Celso dari Real Betis

Oleh Reuters

TOTTENHAM Hotspur menandatangani pemain tengah Argentina, Giovani Lo Celso dari kelab Sepanyol, Real Betis dengan kontrak pinjaman semusim pada hari akhir jendela perpindahan pemain menurut jurucakap kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Lo Celso, yang dipinjamkan dari Paris St Germain di Betis musim lalu sebelum kelab La Liga itu mengambil pemain berkenaan menerusi kontrak tetap pada April, menjaringkan 16 gol dalam semua kejohanan dan membantu menghasilkan enam jaringan.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami sudah mencapai persetujuan untuk pinjaman semusim menandatangani Giovani Lo Celso dari Real Betis dengan pilihan untuk melengkapkan perpindahan itu secara tetapi,” menurut jurucakap Spurs menerusi laman web rasmi kelab itu.

“Pemain tengah menyerang akan memakai jersi nombor 18 musim ini.”

Pemain kebangsaan Argentina adalah pemain ketika yang bakal memperkuatkan Spurs musim ini selepas kelab utara London itu menandatangani pemain tengah, Tanguy Ndombele dengan 60 juta Euro dan pemain sayap Leeds United, Jack Clarke, yang kembali dipinjamkan ke kelab liga kejuaraan pada musim 2019-20.

Musim lalu, naib juara Liga Juara-Juara, yang menamatkan saingan liga musim lalu di tempat keempat memulakan kempen di gelanggang sendiri buat pertama kali sejak 2010 menentang pendatang baru liga perdana, Aston Villa esok.

Disiarkan pada: August 9, 2019 @ 11:01am
d