arena

Lyon belasah Monaco

Oleh AFP

LYON membelasah Monaco 3-0 dalam perlawanan pertama musim Ligue 1 tatkala bekas pertahanan kebangsaan Brazil, Sylvinho memulakan kempen sebagai jurulatih dengan gaya sempurna dan perlawanan menyaksikan Cesc Fabregas menerima kad merah, awal pagi ini.

Moussa Dembele dan Memphis Depay masing-masing menjaringkan gol sementara Fabregas dilayangkan kad merah pada separuh masa pertama.

Pemain tengah Lucas Tousart menambah jaringan ketiga ketika perlawanan berbaki 10 minit berdepan barisan tuan rumah yang kurang pengalaman tanpa penampilan bekas kapten Radamel Falcao yang dijangka meninggalkan kelab berkenaan sebelum berakhir jendela perpindahan pemain pada 2 September.

“Minggu ini saya berkata semua tiga atau empat perlawanan pembukaan akan menjadi sukar dan Monaco berada dalam kedudukan sukar, saya gembira dengan keputusan ini,” kata boss Lyon Sylvinho.

“Saya berharap pemain saya akan beraksi seperti ini, akan sentiasa ada penambahbaikan dilakukan namun saya gembira,” tambahnya yang pernah memenangi Liga Juara-Juara Eropah.

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 8:00am
d