arena

Serena sekat Naomi

Oleh AFP

SERENA Williams menewaskan Naomi Osaka 6-3, 6-4, pada aksi suku akhir Piala Rogers, di Toronto, Kanada sekali gus menafikan impian bintang Jepun meninggalkan Toronto dengan kejuaraan untuk membantunya melonjak di kedudukan nombor satu ranking dunia.

Serena mencatat kemenangan mudah tanpa memberikan lawan ruang memperolehi mata untuk mencatat kemenangan pertama dalam tiga pertembungan.

Kemenangan itu membuatkan Serena berjaya membalas dendam kekalahan mengejutnya dalam aksi final kontroversi di Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu di mana bintang Amerika dibatalkan satu mata dan hampir tidak dibenarkan beraksi selepas hilang sabar kerana diberi amaran mengenai jurulatih.

“Kami sudah bermain sejak New York, di mana ia permainan amat bagus buat dirinya,” kata Serena sambil menambah semakin menemui rentak permainan sebenarnya dan dapat meneruskan aksi lebih cemerlang pada peringkat seterusnya.

“Saya semakin berada di tahap itu,” kata Serena yang menarik diri pada perlawanan minggu lalu ketika dia memburu kejayaan keempat kejuaraan Toronto yang pernah dimenangi pada 2001, 2011, dan 2013.

“Ia sememangnya bukan apa yang saya mahukan, namun saya semakin menghampirinya.”

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 11:28am
d