arena

Jesus pemain pertama gol dibatal VAR

Oleh Reuters

PENYERANG Manchester City Gabriel Jesus menjadi pemain pertama gol dibatalkan oleh Pengadil Bantuan Video (VAR) dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika juara bertahan itu membenam West Ham United 5-0 di Stadium London, hari ini.

Jesus menyangka dia menjaringkan gol kedua perlawanan untuk menjadikan kedudukan 3-0 untuk City pada m-53 selepas menyudahkan hantaran lintang Raheem Sterling berikutan gerakan menarik dilakukan.

Bagaimanapun, tayangan VAR mengesahkan Sterling sedikit berada dalam posisi ofsaid ketika membuat larian ke dalam kotak penalti.

VAR membuat penampilan pertama dalam EPL musim ini.

Teknologi itu digunakan dalam beberapa perlawanan berprofil tinggi termasuk Piala Dunia serta Liga Juara-Juara (UCL) sejak beberapa bulan lalu tetapi menerima reaksi berbeza daripada pemain dan jurulatih termasuk penyokong yang kecewa.

Disiarkan pada: August 10, 2019 @ 9:46pm
d