arena

Murray beraksi dua kejohanan di China

Oleh Reuters

BEKAS pemain nombor satu dunia, Andy Murray menambah dua kejohanan di China dalam jadualnya ketika membuat persiapan kembali beraksi acara perseorangan di Cincinnati Masters, minggu depan.

Pemain berusia 32 tahun itu yang melalui pembedahan untuk menyelamatkan karier, Januari lalu, tewas pusingan pertama pada Terbuka Australia dan mengatakan dia akan beraksi acara perseorangan di Zhuhai dan Beijing.

Murray bagaimanapun belum mengesahkan akan beraksi acara perseorangan Terbuka Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini.

“Ketika saya mahu memilih beraksi dalam acara perseorangan pada penghujung tahun, saya lebih gembira mengumumkan untuk beraksi pada acara julung kali pada Kejohanan Zhuhai,” kata Murray.

Pemenang tiga kali Grand Slam itu beraksi dalam acara beregu sejak kembali ke Queen’s Club pada Jun lalu.

Disiarkan pada: August 11, 2019 @ 10:49pm
d