arena

Lampard pertahan pemilihan pemain

Oleh AFP

FRANK Lampard membidas kenyataan Jose Mourinho yang ‘menghentam’ pemilihan kesebelasan Chelsea ketika menentang Manchester United sambil menegaskan dia tidak peduli apa diperkatakan pengkritiknya.

Mourinho yang bekerja dengan Sky Sports berkata, Lampard sepatutnya memilih pemain lebih tahu cara menangani permainan daripada menyenaraikan pemain muda seperti Mason Mount dan Tammy Abraham ketika tewas 0-4 di Old Trafford malam tadi.

Tetapi Lampard menegaskan pemain lebih berpengalaman seperti N'Golo Kante, Olivier Giroud dan Willian belum sedia beraksi.

"Saya tak boleh menarik keluar pemain yang berada di bilik perubatan, tidak kira berpengalaman atau tidak,” kata Lampard selepas aksi kompetitif pertama sebagai pengurus Chelsea.

"Pemain yang beraksi hari ini dan di bangku simpanan adalah pemain yang kami ada. Kami jelas pasukan yang lebih baik 45 minit pertama malah 60 minit tetapi kami melakukan kesilapan individu yang menyaksikan gawang dibolosi empat kali daripada lima percubaan mereka. Ini sukar diterima.

"Kami sepatutnya mendahului pada babak pertama. Kemudiannya tiba-tiba gol kedua dan ketiga, dua kesilapan dan seterusnya mudah buat mereka.”

Chelsea beraksi tanpa bintang yang mengalami kecederaan Callum Hudson-Odoi dan Antonio Rudiger manakala Kante hanya dimasukkan sebagai pemain gantian.

"Kami kehilangan pemain utama tetapi itu bukan alasan. Saya juga tidak perlu risau kritikan tetapi jelas ini skuad kami dan kami yakin dengannya.”

Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 10:10am
d