arena

Emery ceria Arsenal akhiri badi tempat lawan

Oleh AFP

UNAI Emery mengagumi kemenangan sukar 1-0 Arsenal ke atas Newcastle semalam sekali gus menebus duka musim lalu yang menyaksikan Gunners kerap kecewa di tempat lawan.

Skuad Emery gagal meraih tiga mata di tempat lawan sehingga April musim lalu dan hanya menang sekali aksi utama dalam semua musim.

Situasi itu menyebabkan Arsenal gagal menamatkan kedudukan dalam kelompok empat teratas.

Tetapi Emery bekerja keras memulihkan Arsenal pada awal musim kedua mengendalikan pasukan dengan menandatangani beberapa pemain baharu dan mentaliti yang lebih baik.

Hasilnya prestasi Gunners jauh lebih bertenaga ketika berkunjung ke St James' Park semalam.

Ketika jentera serangan lebih agresif mengasak kubu lawan, mereka lebih beroganisasi ketika bertahan sehinggalah Pierre-Emerick Aubameyang meledak jaringan kemenangan pada babak kedua perlawanan.

Pemain baharu seperti Dani Ceballos, Nicolas Pepe danGabriel Martinelli dimasukkan sebagai pemain gantian bagi menambahkan lagi keyakinan kepada penyokong Arsenal.

"Saya mahu menang, saya mahu jaringan dan pada sama tanpa bolos. Hari ini kami menang dan kami melakukannya," Emery said.

"Kami mencipta peluang buat penyerang dan hari ini dengan Auba, kami menang.”

Disiarkan pada: August 12, 2019 @ 11:09am
d