arena

Zaniolo kekal di AS Roma

Oleh AFP

PEMAIN tengah Itali Nicolo Zaniolo menyambung kontraknya dengan kelab Serie A, AS Roma umum kelab itu awal pagi tadi.

Pemain muda berusia 20 tahun itu diberi ganjaran selepas musim pertama yang meyakinkan di Rome dengan kontrak lima tahun yang akan menyaksikannya di kelab itu sehingga Jun 2024.

Zaniolo menyertai Roma musim panas lalu menerusi kontrak yang menyaksikan Radja Nainggolan berpindah ke Inter Milan.

Dia membuat 36 penampilan pada musim pertamanya dan menjaringkan enam gol dan dikaitkan dengan kemungkinan berpindah ke kelab seperti Manchester United dan Tottenham.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kelab kerana memberi peluang kepada saya terus dekat dengan warna kelab, ia sesuatu yang saya mahukan,” kata Zaniolo.

Menurut laporan, pemain tengah itu menerima peningkatan kontrak daripada 700,000 euro (RM3.271 juta) semusim kepada dua juta euro (RM9.34 juta).

“Kami yakin dia akan memainkan watang penting dalam pasukan ini pada masa akan datang,” kata ketua eksekutif Roma Guido Fienga.

Roma menduduki tangga keenam Serie A musim lalu.

Disiarkan pada: August 15, 2019 @ 11:55am
d