arena

Wolves hampiri Liga Europa

Oleh Reuters

WOLVERHAMPTON Wanderers meraikan kemenangan agregat terbesar mereka si pentas Eropah awal pagi tadi selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu menewaskan kelab Armenia Pyunik 4-0 pada perlawanan itu, dan 8-0 keseluruhan untuk melangkah ke aksi playoff Liga Europa menentang kelab Serie A, Torino.

Pemenang perlawanan di laman sendiri dan lawan pada 22 dan 29 Ogos, dengan perlawanan pertama berlangsung di Itali akan mara ke peringkat kumpulan.

Pemain gantian Diogo Jota meledak jaringan menerusi sepakan gunting lewat permainan untuk melengkapkan kemenangan mudah di depan penyokong di stadium Molineux, dengan tiga daripada jaringan itu berlangsung dalam tempoh 10 minit seawal babak kedua.

Wolves yang menduduki tangga ketujuh EPL musim lalu, bertanding di Eropah buat kali pertama sejak beraksi di Piala UEFA 1980-81.

Pemain baharu dari Portugal Pedro Neto membuka jaringan dengan gol sulungnya pada minit ke-54, sebelum pemain tengah remaja Morgan Gibbs-White meletakkan tuan rumah 2-0 di depan pada minit ke-58 dan Ruben Vinagre meledak gol ketiga menerusi rembatan jarak dekat pada minit ke-64.

Torino menewaskan Shakhtyor Soligorsk 6-1 secara agregat selepas seri 1-1 pada perlawanan timbal balik di Belarus.

Disiarkan pada: August 16, 2019 @ 8:05am
d