arena

Jackie pecah rekod kebangsaan

Oleh Azlan Muhammad Zain

ATLET baling tukul besi, Jackie Wong memecahkan rekod kebangsaan apabila mencatatkan balingan sejauh 68.22 meter pada Kejohanan Olahraga Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2019, hari ini.

Sandaran emas negara di Sukan SEA 2019 berkenaan mengatasi rekod lama miliknya, 67.31m yang dilakukan pada Terbuka Korea, Jun lalu.

Pingat perak diraih atlet Negeri Sembilan, Sadat Marzuqi Ajisan (55.63m) manakala gangsa milik Michael Sia dari Sarawak (47.38m).

Balingan kelima atlet ATM itu turut mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan atlet Asia Tenggara.

Dia kekal berada di kedudukan pertama dan semakin jauh meninggalkan atlet Thailand, Kittipong Boonmawan di kedudukan kedua yang mempunyai balingan terbaik sejauh 64.70m.

Disiarkan pada: August 18, 2019 @ 12:53pm
d