arena

Dortmund laung cabaran awal

Oleh AFP

JURULATIH Borussia Dortmund Lucien Favre berkata said pasukannya mampu tampil lebih baik apabila memulakan kempen Bundesliga awal pagi tadi dengan membelasah Ausburg 5-1 untuk misi memburu gelaran musim ini.

Pemain England Jadon Sancho, yang meledak gol pertamanya musim ini ketika Dortmund meraih kejayaan Piala Super ke atas Bayern dua minggu lalu turut mencatat nama selaku penjaring ketika Dortmund pantas berada di puncak liga.

“Kami bermain dengan baik dan banyak menguasai bola hari ini, kami berhak menang,” kata Favre, namun berkata ada aspek yang boleh diperbaiki pasukannya.

“Perkara penting adalah kami menjadi semakin baik setiap hari,” katanya.

Selepas mensia-siakan kelebihan sembilan mata dan hampir menjulang gelaran musim lalu, Dortmund bersedia untuk kembali mencabar penguasaan Bayern untuk musim 2019/20.

Dortmund menerima suntikan motivasi apabila juara bertahan itu kehilangan dua mata ketika menentang Hertha Berlin pada aksi pembuka tirai mereka.

Mereka kemudiannya mencatat kemenangan besar di depan penyokong sendiri awal pagi tadi.

Disiarkan pada: August 18, 2019 @ 1:39pm
d