arena

Coutinho timbang nasib di Bayern

Oleh Agensi

PHILIPPE Coutinho sudah berada di Jerman untuk mempertimbangkan keputusan muktamad mengenai perjanjian pinjaman perpindahan ke Bayern Munich.

Penyerang antarabangsa Brazil itu dijangka menjalani ujian perubatan hari ini sebelum mempersetujui kontrak perjanjian yang termasuk pilihan pembelian pemain secara tetap buat juara Bundesliga itu.

Jurucakap Barca, Guillermo Amor mengumumkan mengenai perpindahan itu pada Jumaat, menjelang perlawanan pembukaan musim kelab itu yang tewas kepada Athletic Bilbao.

Pemain yang dibeli dari Liverpool pada Januari 2018 berusia 27 tahun bergelut dengan prestasi terbaiknya di Camp Nou dan hanya beraksi dalam 22 perlawanan La Liga dalam kesebelasan utama pasukan musim lalu.

Coutinho dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG) sebagai potensi pertukaran pemain membabitkan rakan senegaranya Neymar untuk kembali ke Barca, sementara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal dan Tottenham turut mengkaji langkah untuk meminjam pemain itu sebelum jendela perpindahan pemain di tutup.

Disiarkan pada: August 18, 2019 @ 10:40pm
d