arena

Woods sedia guna 'kuasa' sertai Piala Presiden

Oleh Reuters

KAPTEN Piala Presiden Amerika Syarikat, Tiger Woods berkata, dia mungkin memilih dirinya sendiri untuk beraksi bersama pasukan pada Disember ini tetapi mahu menilai dahulu tahap permainannya sebelum membuat keputusan.

Woods tidak tersenarai dalam lapan pemain teratas yang layak automatik selepas menduduki tangga ke-13 kutipan mata tetapi dia mempunyai ‘kuasa’ menamakan dirinya dalam pasukan bersama empat lagi kapten di Royal Melbourne.

"Tugas saya sebagai kapten untuk memperkasakan cabaran pasukan dengan 12 pemain terbaik,” katanya kepada wartawan.

"Kami berkomunikasi dengan terbuka dengan lapan pemain teratas dan timbalan saya. Antaranya kami membincangkan sama ada saya perlu bermain atau tidak,” katanya.

"Akhirnya, keputusan di tangan saya,” kata Woods.

Selepas menjuarai Masters ke-15, pemain berusia 43 tahun itu berdepan musim yang hambar susulan keletihan fizikal dan emosi.

Menurut Woods, keputusan untuk beraksi pada Piala Presiden bergantung kepada tahap kecergasan fizikalnya selain prestasi ketika bertanding di Kejohanan Zozo di Jepun pada Oktober depan.

"Perlukan latihan dan bermain untuk kekal tajam,” katanya ketika ditanya wartawan mengenai persediaan menempatkan diri dalam skuad Amerika Syarikat yang mendominasi pasukan Antarabangsa sejak kejohanan dua tahun sekali itu diwujudkan pada 1994.

Kekalahan tunggal skuad AS di Melbourne pada 1998 yang turut dianggotai Woods.

Disiarkan pada: August 20, 2019 @ 8:39am
d