arena

Ronaldo pedih maruah dipersoal

Oleh AFP

CRISTIANO Ronaldo memberitahu televisyen Portugal “2018 adalah tahun paling sukar buat dirinya secara peribadi.”

Ronaldo berdepan tuduhan rogol pada September tahun lalu apabila bekas model, Kathryn Mayorga mendakwa bintang Juventus itu menyerangnya secara seksual di hotel Las Vegas pada 2009.

Bagaimanapun, mahkamah di Nevada pada Jun lalu mengetepikan kes itu tetapi tidak dinyatakan sama ada Ronaldo bersetuju dengan penyelesaian di luar mahkamah.

Dia menafikan jenayah itu walapun dilaporkan dia membayar Kathryn $375,000 (RM1.56 juta) sebagai penyelesaian awal.

"Apabila orang mempersoalkan maruah anda, ia menyakitkan,” katanya awal pagi tadi. “Ia sangat pedih terutamanya apabila anda mempunyai keluarga besar, isteri dan anak yang cerdik dan tahu banyak perkara.

"Ini kes yang saya sangat tidak selesa tetapi sekali lagi terbukti saya tidak bersalah dan membuatkan saya bangga,” kata bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu.

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 7:51am
d