arena

Lorenzo 'jengah' kembali Silverstone

Oleh Reuters

PELUMBA Repsol Honda, Jorge Lorenzo berkata, dia sedia kembali beraksi di Grand Prix British hujung minggu ini selepas terlepas empat perlumbaan terakhir MotoGP akibat kecederaan.

Juara tiga kali MotoGP dari Sepanyol itu retak tulang belakang selepas terbabit kemalangan ketika sesi latihan di Assen, Belanda pada Jun lalu.

Honda dalam satu kenyataan awal pagi tadi berkata, mereka menyasarkan Lorenzo yang juga rakan sepasukan kepada juara bertahan dan pendahulu sekarang, Marc Marquez itu adalah untuk membiasakan dirinya dengan jentera dan menilai tahap prestasi.

"Sangat baik dapat kembali semula bersama pasukan Repsol Honda Team selepas sekian lama sejak tragedi di Assen," kata pelumba itu. "Saya sebenarnya tak sabar beraksi tetapi kecederaan ini bermakna saya perlu mengambil masa.

"Ketika di luar litar, saya tetap bekerja keras sebagai persediaan hadapi Silverstone tetapi saya tahu ia mengambil masa untuk menjadi lebih pantas.”

Lorenzo yang menduduki petak pertama di Silverstone bersama Ducati tahun lalu kini di tangga ke-19 keseluruhan dengan 19 mata berbanding Marquez 230 mata.

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 8:27am
d