arena

Jepun ratah Malaysian Tigers

Oleh Saiful Affendy Sapran

SKUAD hoki lelaki negara tewas 1-6 kepada Jepun dalam aksi penentuan tempat ke-3/4 Kejohanan Ujian Sukan Olimpik di Tokyo, hari ini.

Kekalahan itu yang terbesar dialami skuad negara ke atas pasukan ranking ke-16 dunia itu sejak pertemuan kali pertama kedua-dua pasukan pada 1973.

Skuad negara di depan pada minit ke-30 menerusi jaringan padang Muhammad Shahril Saabah.

Bagaimanapun Jepun 'mengamuk' selepas itu bermula dengan gol penyamaan Hirotaka Zendana minit ke-32 dan mendahului 2-1 selepas Yoshiki Kirishita menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-39.

Jepun memperoleh tiga gol lagi dalam tempoh tiga minit menerusi Kenta Tanaka, Kota Watanabe dan Kirishita masing-masing minit ke-43, 44 dan 45. Zendana melengkapkan kemenangan bergaya Jepun hasil pukulan sudut penalti minit ke-56.

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 11:06am
d