arena

Solskjaer ada banyak wang sekarang...

Oleh Agensi

OLE Gunnar Solskjaer kini boleh menggunakan £75 juta (RM380j) hasil penjualan Romelu Lukaku untuk digunakan pada Januari sekiranya perlu untuk mengukuhkan pasukan mencabar empat teratas.

Bos Manchester United itu dibenarkan untuk membelanjakan sebanyak £150j (RM760j) pada musim panas dengan mendapatkan Aaron Wan-Bissaka, Daniel James dan Harry Maguire.

Bagaimanapun, masih terdapat dua persoalan membabitkan dua pemain berpendapatan tinggi iaitu Paul Pogba dan Alexis Sanchez sebelum jendela perpindahan benua ditutup pada 2 September.

Pogba terus menimbulkan spekulasi untuk meniggalkan Old Trafford berikutan kemenangan 4-0 ke atas Chelsea manakala Sanchez berkemungkinan akan menyertai Lukaku di Inter Milan dengan rundingan untuk pinjaman.

Sumber dalaman United menyatakan Solskjaer masih cuba mendapatkan pemain tengah kreatif dan dia akan menilai situasi apabila tingkap dibuka semula pada Tahun Baru.

Pemain Sporting Lisbon, Bruno Fernandes dipercayai menjadi sasaran pada musim panas tetapi United mengambil menghentikan usaha membeli pemain terbabit.

The Red Devils lebih gemar memanfaatkan £100j (RM507j) untuk pemain sayap Borussia Dortmund dan England, Jadon Sancho.

Gergasi Manchester itu juga berdepan penurunan tunai sekiranya gagal pada musim kedua berada dalam Liga Juara-Juara (UCL).

Disiarkan pada: August 21, 2019 @ 7:49pm
d