arena

Peng Soon-Liu Ying terkandas

Oleh Nor Hairulnizam Wahid

HARAPAN beregu campuran profesional negara Chan Peng Soon- Goh Liu Ying untuk melangkah ke separuh akhir musnah apabila tewas di tangan beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino pada Kejohanan Badminton Dunia di Basel, Switzerland, hari ini.

Pada aksi suku akhir di St Jakobshalle, pilihan kelima kejohanan itu terpaksa akur kepada lawan mereka 21-18, 12-21, 11-21 dalam tempoh 64 minit.

Peng Soon-Liu Ying bermula meyakinkan apabila mendominasi set pertama 21-18.

Begitupun belang sebenar beregu Jepun yang juga pilihan ketiga kejohanan itu mula menyerlah menjelang akhir set pertama apabila berjaya merapatkan kedudukan meskipun satu ketika ketinggalan jauh.

Kombinasi Watanabe-Arisa terus membuktikan keupayaan sebenar mereka apabila menguasai set kedua 21-12 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Mereka ternyata tidak berdepan masalah untuk menunjukkan jalan keluar buat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu apabila menang set ketiga 21-11 sekali gus mara ke separuh akhir.

Disiarkan pada: August 23, 2019 @ 6:36pm
d