arena

Lewandowski wira Bayern

Oleh AFP

HERO jaringan hatrik, Robert Lewandowski mengukuhkan kedudukan skuad Bayern Munich selepas kemenangan 3-0 ke atas Schalke awal pagi ini, tatkala pemain baharu ditandatangani Philippe Coutinho membuat kemunculan pertama di Bundesliga bersama gergasi Jerman itu.

“Skuad kami optimum ketika ini. Kami membawa dua pemain bagus pada separuh masa kedua hari ini, dan kami perlukan itu kerana kami bermain banyak perlawanan sepanjang musim.” kata Lewandowski.

Coutinho, dipinjamkan dari Barcelona, menggantikan Thomas Mueller pada minit ke-57, beraksi bersama bekas rakan sepasukannya yang turut membuat penampilan Ivan Perisic dengan Bayern sudahpun berada dua gol di depan.

“Saya sangat gembira di sini. Bola sepak di sini sangat sengit, dan saya hanya berada di sini tiga atau empat hari lalu, jadi saya perlu berusaha keras,” kata Coutinho.

Bayern tidak pernah tewas kepada Schalke dalam aksi liga sejak 2010, mendahului menerusi penalti pada minit ke-20.

Pemain pertahanan kanan Inggeris, Jonjoe Kenny yang dipinjamkan Schalke daripada Everton, terjatuh ke belakang Kingsley Coman dan Lewandowski menggandakan jaringan pada jarak 12 meter itu untuk mencatat penjaring gol dalam perlawanan menentang Schalke buat kali ke sembilan berturut-turut.

Penyerang Poland itu kemudian menjaringkan gol menerusi sepakan bebas menarik untuk pasukan mendahului dua gol sebelum separuh masa pertama tamat.

Schalke yang bangkit semula mempunyai beberapa peluang menjaringkan gol termasuk rayuan penalti yang ditolak ketika Bayern berjuang untuk mengekalkan penguasaan pada babak kedua.

Lewandowski menjadi pemusnah dengan hanya berbaki 15 minit perlawanan selepas berjaya mengatasi kawasan Salif Sane untuk melengkapkan hatrik ketujuh dalam karier di Bundesliga.

“Harapan sentiasa memuncak, tetapi saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik,” kata Lewandowski.

Disiarkan pada: August 25, 2019 @ 10:05am
d