arena

Maraton lebuh raya dapat sambutan

Oleh Aida Adilah Mat

LARIAN maraton lebuh raya semakin perhatian ramai mendorong IJM Land untuk memperluaskan lagi cabarannya tahun depan.

Cabaran Besraya Highway yang berlangsung, kelmarin lalu berjaya menarik lebih dari 5,000 penyertaan membabitkan dua kategori, 13km dan 26km.

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga Pengarah Urusan IJM, Datuk Soam Heng Choon nyata cukup berpuas hati dan menimbang untuk menjadikannya sebagai acara tahunan.

"Minat orang ramai terhadap gaya hidup sihat dengan menyertai larian seperti ini semakin mendapat sambutan.

"Maklum balas daripada peserta juga amat menggalakkan dan kami akan cuba untuk memperbaiki kelemahan agar larian seperti ini mampu menarik lebih banyak penyertaan pada masa akan datang," katanya.

"Saya sangat berbangga dengan segala pencapaian di saingan ini sejak ia kali pertama dianjurkan pada 2017," katanya.

Cabaran Besraya Highway antara dua larian di bawah Cabaran Lebuhraya Duo IJM Allianz dengan larian pertama dinamakan Cabaran Lebuhraya NPE sudah pun berlangsung Julai lalu membabitkan penyertaan seramai 9,000 peserta.

Disiarkan pada: August 26, 2019 @ 7:50pm
d