arena

Luiz sekadar 'kuda pertunjukan' Arsenal...

Oleh Agensi

PEMAIN Arsenal, David Luiz digelar ‘kaki buli berkualiti rendah’ dan ‘suka menunjuk-nunjuk’ oleh hos talkSPORT, Simon Jordan.

Pemain dibeli Arsenal daripada Chelsea pada perpindahan musim panas itu sudah pasti mahu melupakan aksi menentang Liverpool, minggu lalu selepas memberikan sepakan penalti ketika Gunners kecundang 3-1 di Anfield.

Menurut bekas pengerusi Crystal Palace itu, pemain Brazil berkenaan bukan pemain baru yang diperlukan oleh kelab London utara itu dan kesalahan wajar diletakkan terhadap bos, Unai Emery.

Jordan berkata: “Media bercerita ‘Siapa memiliki perpindahan terbaik? Ia mungkin Arsenal”.

“Lihat saja kepada David (Luiz) dan kita dengar orang berkata, ‘Kenapa anda hendak pemain itu berada di bilik persalinan, sebagai pemain pertahanan tengah, anda memiliki unit pertahanan yang bukan unit?’

“Dia kaki buli berkualiti rendah pada tahap terbaik, kita melihat dia gagal bersama Brazil, dia jenis ringan dan sekadar kuda pertunjukan.

“Dia mungkin lebih diletakkan sebagai pertahanan tengah bertahan kerana dia mungkin boleh menahan bola dan menjadikan keadaan di bahagian itu lebih kuat.

“Dia bukan pertahanan tengah. Tanggungjawabnya bermula dan berakhir mengikut dirinya sendiri.”

Disiarkan pada: August 27, 2019 @ 7:22pm
d