arena

Aksi Wales tanpa Ramsey

Oleh Reuters

PEMAIN tengah Wales Aaron Ramsey menarik diri daripada skuad negaranya untuk aksi kelayakan Kejuaraan Eropah menentang Azerbaijan dan aksi persahabatan menentang Belarus bulan depan umum pasukan kebangsaan Wales hari ini.

Ramsey yang melengkapkan perpindahan secara percuma dari pasukan Liga Perdana Inggeris Arsenal ke kelab Serie A Juventus pada musim rehat liga, masih belum membuatkan penampilan sulung kompetitif buat juara bertahan liga itu biarpun beraksi selama 20 minit pada aksi persahabatan pra-musim.

Pasukan kebangsaan itu tidak memberi alasan berhubung ketiadaan Ramsey tetapi pemain berusia 28 tahun itu mengalami kecederaan hamstring yang membuatkannya tidak dapat beraksi pada minggu-minggu terakhir musim lalu.

“Aaron Ramsey menarik diri daripada skuad Cymru untuk perlawanan menentang Azerbaijan dan Belarus selepas ini,” kata kelab itu menerusi Twitter.

“Dylan Levin dibawa masuk daripada skuad Bawah-21 untuk menggantikannya.”

Levit,18, adalah graduan akademi Manchester United yang beraksi bersama skuad remaja Wales tetapi masih belum pernah diturunkan mewakili skuad senior.

Wales ketika ini menduduki tangga keempat Kumpulan E selepas tiga perlawanan aksi kelayakan. Mereka menanti kunjungan Azerbaijan pada 6 September sebelum aksi persahabatan di tempat sendiri menentang Belarus pada 9 September.

Disiarkan pada: August 28, 2019 @ 12:08am
d