arena

Giliran Burnley, Newcastle tersungkur

Oleh AFP

KELAB Liga Perdana Inggeris, Burnley kecundang pada halangan pertama apabila kalah 1-3 di laman sendiri kepada kelab divisyen tiga Sunderland pada pusingan kedua Piala Liga, awal pagi tadi.

Jay Rodriguez meledak gol sulungnya buat Clarets sejak kembali dari West Brom seawal minit ke-11 namun Sunderland meraih kemenangan mengejut berikutan gol sumbangan Will Grigg (m-35), Tom Flanagan (m-47) dan George Dobson (m-50).

Kasper Schmeichel menyelamatkan dua sepakan penalti membantu Leicester City menyingkirkan Newcastle United selepas seri 1-1, dengan Yoshinori Muto (m-53) dan James Maddison (m-34) menjaringkan gol pada masa sebenar bagi pertembungan dua pasukan Liga Perdana di St James’ Park.

Bournemouth pula berjaya mengelak penyingkiran awal, mengalahkan Forest Green menerusi penentuan penalti 3-0 selepas seri 0-0 ketika lawan dari divisyen empat itu gagal menyempurnakan tiga sepakan mereka.

Disiarkan pada: August 29, 2019 @ 8:43am
d