arena

Populariti Juventus atasi United

Oleh Agensi

JUVENTUS mengatasi Manchester United sebagai pasukan bola sepak ketiga paling popular di media sosial selepas peningkatan 20 juta pengikut sejak ketibaan superstar, Cristiano Ronaldo.

Bintang Portugal itu yang menyertai kelab itu pada musim panas 2018 membuahkan hasil buat Juve mengatasi kelab yang pernah diwakili oleh Ronaldo.

Juve yang mempunyai 10 juta pengikut ketika Ronaldo tiba tetapi meningkat mendadak tetapi masih ketinggalan di belakang jaguh Eropah, Real Madrid dengan 77.6 pengikut Instagram.

Real Madrid masih jauh mendahului juga kesan daripada aura Ronaldo ketika berada bersama kelab gergasi Sepanyol itu.

Malah, penyerang Portugal itu sendiri mempunyai seramai 131 juta pengikut dan dia adalah pemain paling ramai diikuti oleh peminat di sosial media.

Peningkatan Juventus juga meningkat pada musim panas sejak ketibaan tidak kurang lapan pemain senior ke Turin.

Matthijs de Ligt, Danilo, Cristian Romero, Luca Pellegrini, Merih Demiral, Adrien Rabiot, Aaron Ramsey dan Gianluigi Buffon, semuanya dibawa menyertai kelab itu oleh Maurizio Sarri.

Pemain sensasi Belanda, De Ligt mempunyai seramai 3.8 juta pengikut, Ramsey 3.6 juta manakala Buffon dengan seramai 8.1 juta pengikut.

Barcelona kedua di belakang musuh ketat, Real Madrid disebabkan oleh 76.4 juta pengikut di Instagram diikuti Juventus ketiga (31.1 juta), Manchester United keempat (31 juta) dan Paris Saint-Germain, kelima (23.8 juta).

Disiarkan pada: August 29, 2019 @ 7:51pm
d