arena

Pogba tiada dalam kalendar United...

Oleh Agensi

BOS Manchester United begitu yakin pemain bintang kelab itu, Paul Pogba akan meninggalkan Old Trafford tidak lama lagi apabila namanya digugurkan daripada kalendar rasmi kelab.

Pemenang Piala Dunia yang juga bekas kapten itu adalah nama terbesar skuad Red Devils tetapi tiada tempat buatnya dalam buku rasmi tahunan 2020.

Dia dalam kalangan pemain dianggap aset komersil paling bernilai kelab itu di seluruh dunia.

Wajahnya terpampang pada laman web kedai kelab dan kempen pemasaran untuk menjual pelbagai barangan kelab itu.

Bagaimanapun, keadaannya kini terumbang-ambing selepas United mempamer prestasi buruk pada kempen musim 2018/2019 ketika dia hampir pasti untuk meninggalkan pasukan itu.

Jadi tiada tempat buatnya untuk berada dalam kalendar skuad dijual pada harga £6.99 (RM36).

Dengan Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku kini berhijrah ke Itali, kalendar baru itu memperlihatkan kurang pemain berprofil tinggi.

Untuk mengurangkan jurang itu, Ole Gunnar Solskjaer menjadi Mr October dan padang Old Trafford tampil pada Ogos.

Juan Mata pemain pertama muncul pada Januari diikuti Marcus Rashford (February) dan Scott McTominay (Mac).

Penyerang Perancis, Anthony Martial tampil pada April manakala Victor Lindelof serta Andreas Pereira untuk Mei dan Jun.

Disiarkan pada: August 31, 2019 @ 6:27pm
d