arena

Chelsea gagal di tempat sendiri

Oleh Reuters

CHELSEA mensia-siakan kelebihan dua gol sebelum terikat 2-2 dengan pasukan baru dinaikkan divisyen, Sheffield United, malam tadi menyebabkan pengurus Frank Lampard masih tercari-cari kemenangan pertama di tempat sendiri.

Penyerang Chelsea, Tammy Abraham mencatat nama selaku penjaring di Stamford Bridge untuk kali pertama dengan dua gol pada separuh masa pertama.

Abraham, salah seorang daripada beberapa pemain akademi remaja Chelsea yang diberi peluang oleh Lampard, menjaringkan gol pada m-19 selepas penjaga gol Sheffield Dean Henderson gagal menampan kemas akibat diberi tekanan oleh Christian Pulisic.

Dia juga menambah gol Chelsea pada m-43 selepas memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan lawan.

Pasukan pelawat bagaimanapun kembali mendapatkan satu gol selepas separuh masa apabila Callum Robinson menyudahkan hantaran lintang Enda Stevens.

Sheffield menyamakan kedudukan pada m-89 hasil gol sendiri pemain pertahanan Chelsea, Kurt Zouma yang tertampan bola melepasi jangkauan Kepa Arrizabalaga.

Disiarkan pada: September 1, 2019 @ 12:25am
d