arena

City bedal habis

Oleh AFP

MANCHESTER City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk seketika selepas membelasah Brighton 4-0 di Stadium Etihad, malam tadi.

Leicester naik ke tangga ketiga dengan rekod masih belum tewas mengatasi Bournemouth 3-1 hasil dua jaringan Jamie Vardy Crystal Palace dan West Ham berkongsi tangga keempat.

City langsung tidak kelihatan mencicirkan mata di laman sendiri selepas Kevin de Bruyne menolak masuk bola hantaran David Silva ketika perlawanan baru memasuki minit kedua.

Skuad kendalian Pep Guardiola mendapat dua gol lagi menerusi jaringan Aguero pada setiap babak sebelum pemain gantian Bernardo Silva merembat masuk gol keempat untuk juara bertahan itu.

Crystal Palace yang menang di Old Trafford, minggu lalu meneruskan kejayaan dengan kemenangan 1-0 mengatasi Aston Villa yang beraksi dengan 10 pemain.

Gol jaringan Jordan Ayew 17 minit sebelum perlawanan tamat memastikan skuad Roy Hodgson meraih tiga mata.

West Ham turut mengumpul tujuh mata selepas empat perlawanan apabila jaringan Sebastien Haller dan Andriy Yarmolenko memastikan kemenangan 2-0 mengatasi Norwich.

Watford meraih mata pertama musim ini tetapi masih kekal tercorot selepas seri 1-1 di Newcastle.

Disiarkan pada: September 1, 2019 @ 12:43am
d