arena

Nadal mara pusingan 4 Terbuka AS

Oleh Reuters

RAFAEL Nadal melangkah bergaya ke pusingan keempat Terbuka AS dengan kemenangan 6-3, 6-4, 6-2 ke atas Chung Hyeon, pagi tadi.

Juara tiga kali itu menguasai perlawanan apabila dia mematahkan servis pemain Korea Selatan itu untuk mendahului 4-2 pada set pertama dan tidak menoleh ke belakang di Stadium Arthur Ashe.

Berikutnya buat Nadal adalah pertembungan pusingan 16 terakhir dengan juara 2014, Marin Cilic, yang agak bergelut sebelum menyingkirkan John Isner di gelanggang Grandstand.

Nadal hanya berada di gelanggang selama dua jam menjelang aksi pusingan ketiga selepas mengalahkan John Millman, Selasa lalu sebelum mendapat kemenangan percuma ke pusingan ketiga apabila pemain Australia, Thanasi Kokkinakis menarik diri.

Pilihan kedua dari Sepanyol itu, yang dibelenggu beberapa kali kecederaan lutut sepanjang kariernya, tidak lagi memakai pita di kakinya ketika perlawanan itu.

“Pita sudah tidak berfungsi,” katanya dengan satu senyuman ketika temu ramah di gelanggang.

“Saya gembira bermain di gelanggang keras dan saya cuba bermain lebih agresif.”

Nadal bagaimanapun berdepan cabaran getir apabila bertemu Cilic Isnin ini, yang mengalahkan Isner 7-5, 3-6, 7-6 (8/6), 6-4.

Disiarkan pada: September 1, 2019 @ 12:35pm
d