arena

Aguero akan mati kerana jaringan gol...

Oleh Agensi

SERGIO Aguero akan mati kerana menjaringkan gol, seloroh pengurus pasukan, Pep Guardiola selepas pemain Argentina itu menyumbat dua gol menentang Brighton.

Manchester City menundukkan Seagulls 4-0 dalam perlawanan menyaksikan Aguero muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini dengan enam gol.

Bercakap kepada media selepas kejayaan itu, Guardiola memuji kebolehan penyerang berusia 31 tahun itu menjaringkan gol.

Dia berkata: "Aguero menjaringkan gol sejak berusia 16 tahun di Argentina dan dia akan mati menjaringkan gol.

"Dia pemain berbakat istimewa dan saya suka cara dengan mencuba melakukannya.

“Sejak hari pertama, kami menukar banyak benda tetapi saya gembira dengan komitmen dipamerkannya.

Dengan mengenal pasti etika kerja penyerang itu, pengurus dari Sepanyol itu berkata: "Sudah tentu kami memerlukan jaringannya dan semua orang tahu mengenainya.

"Dia membantu kami dengan banyak menjaringkan gol biarpun apabila dia tidak menjaringkan gol, kami memerlukan komitmennya. Dia seperti itu sejak hari pertama, jadi saya gembira dengannya."

Disiarkan pada: September 1, 2019 @ 6:08pm
d