arena

Neymar kekal bersama PSG

Oleh AFP

NEYMAR kekal bersama kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) selepas hajatnya untuk kembali semula ke Barcelona menemui kegagalan, menurut laporan beberapa akhbar Eropah, hari ini.

“Se queda,” dalam bahasa Sepanyol kerana dia akan kekal, lapor tajuk utama muka depan L’Equipe terpampang foto pemain Brazil itu.

“Berdepan dengan kemungkinan melengkapkan perpindahan ke Barcelona, Neymar sudah memberitahu rombongannya dia mengambil keputusan untuk menamatkan musim di PSG,” lapor akhbar harian itu lagi.

Akhbar sukan Sepanyol Mundo Deportivo melaporkan berita yang sama menjelang tarikh tutup jendela perpindahan di Perancis dan Sepanyol, esok.

“Rombongan Neymar mengakui ia sudah berakhir,” kata mereka.

Neymar, 27, muncul pemain termahal dunia apabila PSG membayar 222 juta euro (RM1 bilion) ketika berhijrah daripada Barcelona dua tahun lalu.

Penjaring 51 gol dalam 58 penampilan dalam dua musim di ibu kota Perancis itu, Neymar tidak beraksi dalam kontrak barunya bersama kelab itu dan masa depannya tidak menentu.

Disiarkan pada: September 1, 2019 @ 6:10pm
d