arena

Emery 'bangga' kebangkitan Arsenal

Oleh AFP

UNAI Emery menyanjung semangat juang Arsenal selepas mereka bangkit daripada ketinggalan dua gol sebelum seri 2-2 dengan Tottenham pada aksi musuh setempat utara London, awal pagi tadi.

Anak buah Emery berada dalam kedudukan bahaya kalah aksi Liga Perdana Inggeris itu selepas gol Christian Eriksen dan Harry Kane membolehkan Tottenham menguasai hingga minit ke-40 di Stadium Emirates.

Namun Alexandre Lacazette merapatkan kedudukan sebelum rehat dan Pierre-Emerick Aubameyang meraih gol penyamaan Arsenal pada babak kedua.

“Saya amat bangga dengan kerja keras kami. Kami bermain sepenuh hati, kadangkala lebih daripada apa yang anda boleh fikirkan. Kami perlukan keseimbangan itu,” jelas Emery.

“Kami perlu melapangkan dada. Kami melakukan beberapa kesilapan pada babak pertama.

“Penyokong menekan dan membantu kami. Gol pertama buat kami adalah kuncinya.

“Kami berhak menang dalam tempoh 90 minit. Perlawanan ini menakjubkan bagi setiap orang yang menonton.”

Arsenal berdepan rehat tugasan antarabangsa di tangga kelima, hanya sekali kalah daripada empat perlawanan pertama.

Disiarkan pada: September 2, 2019 @ 8:27am
d