arena

Llorente sertai Napoli perpindahan percuma

Oleh AFP

NAPOLI menandatangani Fernando Llorente secara perpindahan percuma selepas kariernya selama dua musim di Tottenham sampai ke penghujung, menurut kelab Serie A itu, hari ini.

Kelab itu tidak menyatakan tempoh kontrak pemain berusia 34 tahun itu sekalipun media Itali melaporkan dia menandatangani kontrak selama dua tahun.

Llorente membuat 24 penampilan antara 2008-2013, memenangi Piala Dunia 2010 dan Euro 2012.

Ia kali kedua dia beraksi di Itali selepas menikmati kejayaan di Juventus pada 2013 dan memainkan peranan penting ketika meraih dua gelaran Serie A.

Dia mara ke final Liga Juara-Juara 2015 ketika masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika tewas 3-1 kepada Barcelona.

Llorente kurang menyerlah ketika bersama Tottenham kerana sekadar menjadi pemain kedua di belakang Harry Kane dan hanya menjaringkan dua gol dalam 36 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia bagaimanapun menjaringkan 11 kali pada saingan piala kejuaraan termasuk ketika aksi penting menentang Manchester City dan Borussia Dortmund musim lalu ketika Spurs mara ke final.

Disiarkan pada: September 2, 2019 @ 6:09pm
d