arena

Kwang Song sertai Juve secara pinjaman

Oleh Reuters

HAN Kwang Song, pemain pertama Korea Utara menjaringkan gol dalam Serie A Itali, menyertai Juventus secara pinjaman dari Cagliari.

Kwang Song dimasukkan dalam senarai pemain berpindah oleh kelab Turin itu semalam sekalipun media Itali menyatakan dia akan disertakan dalam pasukan B-23 Juventus yang bermain dalam divisyen tiga Serie C.

Pemain berusia 20 tahun itu menyertai Cagliari pada 2017, melakukan penampilan sulung Serie A menentang Palermo dan menjaringkan gol pertamanya ketika kalah 2-3 di Torino pada April tahun itu.

Dia dipinjamkan ke kelab divisyen dua Perugia bagi musim 2017-18 dan 2018-19, melakukan 36 penampilan dalam Serie B dan menjaringkan 11 gol.

Kwang Song mencuri tumpuan pada Piala Dunia B-17 2015 di Chile, yang mana Korea Utara layak ke pusingan 16 terakhir.

Dia turut menyerlah pada kejohanan B-16 Asia pada 2014 di Thailand, yang mana dia menjaringkan gol dalam setiap perlawanan kecuali separuh akhir dan mengemudi kejayaan Korea Utara memenangi kejohanan itu selepas menewaskan Korea Selatan 2-1. Kwang Song menjaringkan gol pertama pada aksi final.

Disiarkan pada: September 4, 2019 @ 10:13am
d