arena

Verstappen, Gasly petak belakang GP Itali

Oleh Reuters

PEMANDU Red Bull, Max Verstappen dan Toro Rosso, Pierre Gasly akan memulakan perlumbaan pada Grand Prix Itali di petak belakang disebabkan pertukaran unit kuasa, menurut rakan pembekal enjin, Honda.

Dua pelumba terbabit akan menggunakan enjin terbaru Honda, ‘Spec 4’ yang membuatkan mereka melebihi peruntukan enjin mereka musim ini.

“Untuk perlumbaan pertama mereka bersama Spec 4, Gasly dan Verstappen akan mengambil grid penalti dan bermula dari belakang.

“Mereka bagaimanapun yakin boleh berlumba untuk memberi cabaran Ahad ini,” kata pengarah teknikal F1 Honda, Toyoharu Tanabe dalam kenyataan, hari ini.

Dengan mengutip penalti di Monza, litar terpantas dalam kalendar, Red Bull meletak sasaran memberikan Verstappen peluang lebih baik di Singapura pada penghujung bulan ketika petak utama lebih penting dan memintas lebih sukar.

Grand Prix Jepun, perlumbaan Honda di tempat sendiri akan berlangsung pada Oktober.

Disiarkan pada: September 4, 2019 @ 7:42pm
d