arena

Motosikal jadi habuan peserta Liga Penalti Terbuka Raub

HADIAH wang tunai dan sebuah motosikal keseluruhan bernilai lebih RM17,000 menanti pemenang bertuah Liga Penalti Terbuka Raub 2019, Sabtu ini.

Presiden Kelab Anak Raub, Fadzli Mohamad Kamal berkata, pasukan bergelar juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta pingat dan sijil penyertaan, tempat kedua RM3,500 dan ketiga RM2,000.

"Kejohanan itu berbeza dengan pertandingan bola sepak biasa kerana ia terbuka kepada sesiapa sahaja termasuklah golongan 'kaki bangku' dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM17,000.

"Apa yang lebih menarik semua peserta atau pengurus pasukan bertuah juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah termasuk hadiah utama sebuah motosikal Honda Wave bernilai lebih RM4,000," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kejohanan berkenaan juga turut menawarkan peluang kedua kepada pasukan yang kalah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik.

Mereka yang berminat menyertai kejohanan berkenaan boleh menghubungi 011-10813366 (LAN) dan 011-11005062 (Hafizam).

Disiarkan pada: September 6, 2019 @ 12:33am
d