arena

Barca sedia lepaskan Messi?

Oleh AFP

PRESIDEN Barcelona Josep Maria Bartomeu berkata hari ini, kelab gergasi Sepanyol itu tidak bimbangkan masa depan Lionel Messi, biarpun bintang Argentina itu boleh meninggalkan kelab pada akhir musim.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu menandatangani kontrak baharu selama empat tahun bersama Barca pada 2017 tetapi Bartomeu berkata dia bebas menamatkan kontraknya sebelum tarikh itu.

“Leo Messi mempunyai kontrak sehingga musim 2020/21 tetapi pemain itu boleh meninggalkan Barca sebelum tamat musim,” kata Bartomeu pada saluran televisyen Barcelona.

“Kesnya sama seperti kontrak akhir yang dimiliki Xavi, (Carles) Puyol dan (Andres) Iniesta. Mereka pemain yang berhak mendapatkan kebebasan itu dan kami tidak risau kerana mereka amat komited kepada Barca.

“Kami mahu Messi bermain untuk Barca sehingga 2021 dan selepasnya. Kami amat tenang.”

Messi, penjaring terbanyak Barca ketika ini mengalami kecederaan betis, dan pasukannya bergelut dengan ketiadaannya, hanya mengumpul empat mata daripada tiga perlawanan pertama La Liga.

Disiarkan pada: September 7, 2019 @ 11:22am
d