arena

Eto'o umum persaraan

Oleh AFP

PEMAIN Terbaik Tahunan Afrika sebanyak empat kali dari Cameroon, Samuel Eto'o mengumumkan persaraan hari ini pada usia 38 tahun.

"Akhirnya, menanti cabaran baharu,” kata bekas penyerang Barcelona, Inter Milan dan Chelsea itu dalam Instagram.

"Terima kasih semua, sayang anda semua, adrenalin,” katanya yang menikmati lima musim cemerlang bersama Barcelona dari 2004 hingga 2009.

Dalam tempoh itu, dia memenangi Liga Juara-Juara dua kali dan tiga gelaran La Liga sebelum berpindah ke Inter Milan.

Eto’o membantu skuad Jose Mourinho menjuarai treble --- Liga Juara-Juara, Serie A dan Coppa Italia dalam musim pertamanya di Itali sebelum berpindah ke kelab Rusia, Anzhi Makhachkala.

Dia juga pernah beraksi bersama Chelsea dan Everton di Liga Perdana. Tahun lalu seleps tempoh singkat bersama kelab Turki, Konyaspor, Eto’o berpindah ke kelab terakhirnya di Qatar, Qatar Sports Club.

Bersama Cameroon, Eto’o menjulang dua trofi Piala Negara Afrika selain pingat emas Olimpik pada 2000.

Disiarkan pada: September 7, 2019 @ 10:03pm
d