arena

'Mereka masih belum stabil'

Oleh HM Digital

AKSI turun naik perseorangan lelaki, Lee Zii Jia tidak membimbangkan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria.

Menurutnya, semua perlu membezakan antara pemain yang sudah lama beraksi dengan baharu.

“Lee Zii Jia masih lagi muda iaitu 21 tahun, begitu juga dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mana mereka pelapis baharu yang belum stabil,” katanya ketika ditemui semalam.

Ujarnya, Datuk Lee Chong Wei juga mula berada di prestasi terbaik ketika usia 24 hingga 25 tahun.

“Kami harap satu hari nanti mereka akan menjadi pengganti, jadi pada usia 21 tahun sudah tentu ada aksi turun dan naik. Apa yang penting semua peminat harus memberi sokongan kepada mereka,” katanya.

Arena Metro melaporkan kelmarin, Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann mengakui Zii Jia masih memiliki kelemahan terutama dari segi kekuatan mental.

Zii Jia yang juga juara bertahan Terbuka Taiwan tumpas kepada Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia 16-21, 20-22 pada pusingan kedua Khamis lalu.

Disiarkan pada: September 8, 2019 @ 6:31am
d