arena

Penjaga gol Curacao meninggal dunia

Oleh Agensi

PENJAGA gol Curacao Jairzinho Pieter meninggal dunia secara tragik selepas mengalami serangan jantung 24 jam sebelum sepak mula negaranya bertemu Haiti.

Penjaga gawang Curacao berusia 31 tahun itu mengadu berasa tidak sihat, meninggal dunia, semalam di hotel pasukan itu.

Curacao yang menetap di Hotel Marriott di Port-au-Prince sedang membuat persiapan untuk menghadapi Liga Negara CONCACAF di Haiti.

Berita kematian Pieter disahkan oleh menteri sukan negara tuan rumah, Edwin Charles di Twitter.

Dia menulis: “Sebagai Menteri Belia, sukan dan Tindakan Sivik, saya berada di hotel Marriott untuk mengirindi Persekutuan Bola Sepak Haiti membabitkan kes berhubung kematian Pilihan Curacao, Jairzinho Pieter yang menjadi mangsa serangan jantung.”

Biarpun terkejut, perlawanan hari ini akan diteruskan dengan pasukan Curacao yang bersedih tetap bersemangat mahu bermain sebagai ‘tribute’ kepada mendiang rakan sepasukan.

Kenyataan daripada Konfederasi Persekutuan Utara, Amerika Tengah dan Caribbean (CONCACAF) menyatakan: “CONCACAF begitu sedih dengan kematian penjaga gol antarabangsa Curacao, Jairzinho Pieter yang meninggal dunia pada usia 31 tahun.

“Sesi bertafakur akan diadakan pada perlawanan itu sebelum sepak mula dan keseluruhan Konfederasi memberi penghormatan terhadap Jairzinho terhadap sumbangannya kepada permainan itu.”

Disiarkan pada: September 10, 2019 @ 7:50pm
d